Ada orang cakap guna diary. Susah la guna diary. Sebab takut merapu, maklumla bila diary, rasa macam secure. Bila terlepas diary pada tangan orang lain, gelabah. Oleh itu, blog adalah medan sesuai. Nak tulis over2 tak leh juga sebab takut ada orang baca. Walaupun pembaca tak sampai 5 orang kot. Mumy Dady memang sah2 tak baca blog saya. Tengok follower blog sepupu saya. 80 lebih.. Blog budak sekolah menengah follower nak sampai 100 dah. Mantap2. Blog ni, dah berapa kurun dah didaftar, tapi follower ciput. Tak kisahlah. Objektif asal, tulis untuk ketenangan dan kebahagiaan diri. Kebahagiaan boleh dicapai banyak cara kan.
Salah satu cara saya membahagiakan diri juga adalah explore. Explore barang2 elektronik, baiki paip air ke (kadang2 jadi Jerry baiki pumpkin). Ni lepas exam serius nak cari alternatif untuk tukar air dalam kolam ikan. Kesian tengok pak sepupu Nemo iaitu Nemi yang dalam kolam. Air hijau pekat. Sory erk.. Nemi doakan akak cepat2 habis exam. Nanti akak belikan kawan2 baru dan makanan, ye.
Buat ekperimen pun bes untuk hiburkan hati. Kalau radio anda tak ada bateri… Dahlah hari itu anda puasa. Handphone 3310 mana ada radio. Jadi kena la cari jalan hidupkan radio itu. Nak pergi beli bateri tak larat dah. Kat dapur, ada apa? Ban coklat? Ubi kayu? Okey. Ambil wayar macam dalam makmal tu, cucuk pada ubi kayu. Maka berfungsilah radio anda. Mengapa? Dalam bateri ada elektrolit. Ubi kayu ada elektrolit. Jadi ia boleh mengalirkan arus elektrik. Patutlah zaman Jepun dulu, Jepun beria2 sangat suruh Melayu tanam ubi. Tapi Melayu hanya pandai makan ubi. Tak tahu nak guna ubi sebagai sumber tenaga. Aish…..
5 thoughts on “Hiburkan Hati”
Lol..nice to read this again.
tq kak iffah
keep on writing.im always read ur writing.writing to share.=)
tq 4 reading syibrah!
owh..malam tu nadhirah pergi beli ubi kayu lah ye??…wat exprimen ye….