Tangani Pedas

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Cili merupakan antara bahan yang sangat popular untuk melazatkan masakan dan makanan rakyat Malaysia. dan cakap pasal cili, teringat Negeri Sembilan. Gulai cili api atau sambal belacan mereka mempunyai tahap ketepuan kepedasan yang sangat tinggi. Kenapa mereka suka masakan pedas-pedas? Ada kaitan dengan daerah Pedas? Wallahualam.
Macamana nak atasi bila dapat mertua orang Negeri Sembilan? Hidangan wajib adalah cili api. Macam atok saya. Hari2 cili api. Sekarang je dah boleh terima variasi lauk skit. Tapi dalam satu minggu, mesti ada cili api lah.
Jawapan kepada soalan di atas tadi adalah minum air susu atau air yogurt. Minuman yang berlemak membantu mengurangkan pedas dengan kadar paling cepat. Mengapa? Dalam cili, ada bahan yang dipanggil Kapsaikin (Capsaicin). Bahan ni yang memberi rasa pedas bila hinggap di atas lidah kita. Bahan ini tak larut air. Jadi kalau telinga sedang berasap, anda minum air mineral, lebih kurang sia-sia usaha anda. Mungkin berkesan, tetapi lambat sangat.
Air yang mempunyai lemak seperti air yogurt Bliss yang pelbagai rasa atau susu HL boleh menghilangkan rasa pedas dengan cepat kerana kandungan lemak yang berada dalam minum bersusu akan membawa Capsaicin ke dalam esofagus dengan lebih cepat. Bahan yang bertindak seperti detergen terhadap Capsaicin ini adalah Caseins. Jadi, capsaicin itu tak lah menetap di lidah anda lama2.
Sekarang anda tak perlu gentar lagi untuk hadapi makanan pedas-pedas. Dan pedas itu sedap sebenarnya.

Related Posts

4 thoughts on “Tangani Pedas”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *