Bahan-bahan
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula (boleh guna juga brown sugar)
1/2 cawan butter
1 biji telur
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh air panas
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanila
Semi sweet chocolate chip
Cara-cara
1) Pukul gula dengan butter sehingga kembang. Pastikan butter tidak sejuk.
2) Masukkan telur
3) Masukkan esen vanila
4) Campurkan baking powder dengan air panas. Masukkan ke dalam adunan
5) Masukkan garam
6) Masukkan gandum. Kacau hingga sebati.
7) Masukkan chocolate chip. Tapi saya lebih gemar letak chocolate chip kemudian, iaitu sewaktu nak bakar untuk elak ia cair dalam adunan.
8) Bakar suhu 170C
Tips:
– Bakar sehingga hujung biskut bewarna perang. Bila keluar dari oven, biarkan seketika atas aluminium foil tersebut.
– Bakar atas aluminium foil. Biskut akan lembab dan masak sekata.
– Jika mahu biskut berwarna koko, boleh guna brown sugar. Tapi saya guna gula biasa je.
– Saya blend gula, tekstur gula akan lebih ringan dan biskut lebih mudah kembang.
– Gula tu saya kurangkan 2 sudu dari resepi sebab chocolate chip dah manis.
Selamat mencuba!!