Permohonan VISA untuk ke Australia

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Salam. Sekarang ramai tengok timeline ke Australia. Maklumlah, Australia ni dikira negara matsalleh terdekat untuk kita orang Malaysia pergi. Promosi penerbangan pula berlumba2 tawarkan harga murah-murah.

Australia memerlukan VISA untuk kita pergi (rakyat Malaysia). Sebenarnya, banyak cara nak apply. Tapi cara mudah, ialah online. Harga pun banyak jenis.

Pengalaman saya, saya apply di  https://www.australianvisa.com.my/ dan kat web agen ni RM20 je. Murah dan cepat. RM20 ni application visa yang kelulusan memerlukan masa 24 jam. Jika nak dalam masa 3 jam kelulusan, harga mestila lebih mahal. Ramai recommend web ni.

gambar website agen visa rm20

Website Government Aussie pun ada. Tapi kat situ AUD 20. Anda perlu HATI-HATI jika google website ya. Sebab sangat banyak website yang milik agen-agen. Saya hampir terbayar AUD400+ untuk urusan visa 5 orang gara2 booking di agen yang caj mahal. Nasib baik tengok total betul2. Dah siap pegang kad nak masukkan details payment. Alhamdulillah selamat duit.

Disarankan untuk buat VISA dulu baru beli tiket. Sekarang lelaki muda agak ketat nak masuk. Alhamdulillah suami lepas. Saya apply visa saya, suami dan baby sekaligus. Paspport suami pun tamat 2020 nanti. Tu mungkin faktor mudah lulus.

Visa tourist ni 1 tahun valid (dari tarikh lulus) untuk kita berada di Aussie maksima 3bulan. Sebab tu takpe kalau apply dulu, baru beli tiket.

Semoga bermanfaat 🙂

Related Posts

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *