Permohonan Passport untuk Bayi atau Kanak-Kanak

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Assalamualaikum. Memandangkan Maream Amni dah buat passport selepas beberapa bulan je lahir, rasa nak kongsi apa dokumen yang perlu dibawa. Semoga memudahkan!

Bayaran untuk pasport bagi kanak-kanak 12 tahun ke bawah adalah RM100 untuk passport sah laku 5 tahun. Dulu ada passport yang untuk kegunaan 2 tahun, tapi sekarang semua 5 tahun. 

Bayi/ kanak-kanak 12 tahun ke bawah: RM100

13 tahun-59 tahun: RM200

60 tahun ke atas: RM100

Dokumen yang perlu dibawa pula ialah, 

1. MyKad pemohon

2. Surat beranak/ sijil kelahiran 

3. MyKad ibu/bapa. Salah seorang ibu atau bapa perlu hadir semasa pemohonan passport.

Masa buat passport, beriya pakaikan baju cantik2 untuk Maream Amni. Rupanya baju dia ada corak. Jadi kena sarungkan apron hitam. Gambar pun tak payah bawa ye, tuan-tuan dan puan-puan. Snap kat Jabatan Imigresen je. Jika ada UTC di tempat anda, malam pun boleh pergi.

Cukup senang nak buat passport sekarang 🙂 Untuk maklumat lebih lanjut, boleh klik sini untuk maklumat selanjutnya dari web Jabatan Imigresen Malaysia.

Related Posts

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *