Masalah 2 Parcel tapi 1 Tracking Code

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Salam semua. Okey, harini nak share pengalaman dengan Poslaju. Moga membantu la bagi yang kot2 terjadi macam kami harini.

Macam biasa, packing barang ni rutin harian bagi yang berniaga. Entah macammana, misscommunication dengan staff. Jadi 3 parcel ter-double packing. Means hari Ahad dah packing dan print slip Consignment Note (CN). Isnin packing lagi parcel yang sama dan print lagi CN yang sama.

Sebenarnya, Ahad tu Poslaju biasanya datang. Tapi minggu ni, abang Poslaju tak datang. Jadi bila pickup Isnin tu, Poslaju pun pickup barang2 ni sekaligus. Petang dapat call dari Pusat Poslaju dia bagitahu ada 2 parcel yang sama CN. So dia tanya, mana satu nak hantar pada customer. Jadi saya pun pergi Pusat Poslaju nak tuntut barang semula. Alhamdulillah.

1 lagi parcel macammana pula? Cuak juga sebab barang mahal. Rugi la. 1 lagi parcel ni, kebetulan buyer dan seller sama negeri. Jadi bila abang Posmen dah nak deliver pada customer, baru dia perasan 2 barang tapi nombor tracking sama. So, mungkin ada kesilapan. Jadi, abang Posmen hantar pada Pusat Poslaju semula.

Alhamdulillah, saya pun ke Pusat untuk confirmkan mana satu yang saya perlu tuntut dan parcel mana saya perlu proceed hantar. Risau juga mula2 terfikir macammana nak minta duit kat customer sebab terhantar lebih barang.

So, bagi sesiapa yang meniaga. Hati2 masa packing barang. Jika berlaku macamni lagi, 2 atau 3 barang tapi silap letak CN sama, jangan risau ye. Oh ye. Ni untuk poslaju je. Tak pasti la untuk pos lain sebab saya memang guna Poslaju sebagai main service. Alhamdulillah so far senang deal dengan Poslaju walaupun hotline diaorang suam2 kuku. Tapi online system diaorang cepat update, abang posmen cukup membantu dan sudi tolak ansur.

Poslaju pula boleh guna Easy Parcel, jadi tak payah susah2 nak drop off kat Pejabat Pos. Tentang Easy Parcel, nanti saya share ye di post akan datang.

Related Posts

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *