Aktiviti di Pantai Teluk Ketapang, Terengganu

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Salam semua. Sesiapa yang ke Terengganu pasti tak lengkap jika tak ke pantai. Pantai Terengganu memang antara pantai yang cantik di Malaysia kerana pantainya ialah Laut China Selatan (perairan yang sangat besar). Namun, pantai Terengganu tak sesuai untuk mandi, kecuali di lagun. Ombak yang tak dijangka, current yang kuat dan kedalaman dasar yang tak sekata boleh membahayakan nyawa.

Selain bermandi-manda di lagun, ada banyak aktiviti lain. Saya kongsikan di sini Pantai Teluk Ketapang kerana kini ia merupakan pantai yang sering dikunjungi. Jika sebelum ni, dengar pantai Batu Buruk sahaja. Namun, lokasi pantai Teluk Ketapang bagi saya lebih menarik kerana berhampiran dengan lapangan terbang (boleh tengok kapal terbang berlepas dan mendarat) dan kurang sesak (mudah parking).

Petang hari, saya sendiri pun memang suka bawa anak ke sini. Bagi kelainan suasana. Angin sepoi-sepoi menggantikan angin aircond yang diesedut setiap hari. Aktiviti-aktiviti yang boleh buat ialah:

  • Celup Tepung.

Di sini terdapat banyak pilihan kedai celup tepung di sepanjang pantai ini. Ikan, udang, sotong celup tepung ni di makan begitu sahaja sambil dicicah dengan sos lada ala2 sos keropok lekor. Tak ada nasi ye. Namun, ada kedai yang menawarkan makanan sampingan lain seperti mi goreng, maggi ketam dan lain2.

Sebab saya pernah bawa orang luar (bukan Terengganu) ke kedai celup tepung. Dah siap ambil ikan dan sebagainya, diaorang tunggu mana nasinya. Mereka gambarkan macam makan ikan bakar. Ada ikan, ada nasi. Ha gitu..

  • Kuda

Terdapat dua jenis aktiviti kuda. Kereta kuda dan kuda biasa. Kuda biasa pula ada kuda kecil (kuda padi) dan kuda besar. Jika mahu naik kuda, boleh minta dia pusing2 di kawasan sama atau di sepanjang pantai. Memandangkan bawa anak yang baru umur 1 tahun, jadi tak berani nak bawa dia pusing jauh2. Bagi kanak-kanak umur 4-5 tahun, boleh je naik kuda padi tu sorang.

 

Bayaran dalam RM5-Rm10. Bergantung pada pilihan kuda dan jenis pusingan (jauh atau dekat). Nak senang, tanya dulu sebelum naik. Benda boleh tanya, buat apa tak nak tanya. Kan?

Untuk kereta kuda, ada jalan jauh dan jalan dekat juga. Terdapat beberapa kereta kuda di sini, boleh pilih. Yang pasti semua cantik-cantik dan bersih.

  • Arnab

Di sini terdapat kandang arnab. Bayaran RM2 untuk masuk ke kandang dan boleh bermain, peluk dan ambil gambar sepuas-puasnya. Kandang tu terbuka, ada pagar je. Jadi kita yang besar pun boleh masuk sekali.

  • Playground

Bagi yang nak anak gunakan tenaga mereka sehabisnya, boleh layan anak main playground. Ada macam-macam mainan, buai, gelongsor dan sebagainya.

  • Burung

Ada burung yang boleh kita berjinak-jinak dan bergambar.Semasa kami datang, ada 2 je. Biasanya dia bawa satu lagi burung putih tapi masa kami datang tu, kebetulan lesen dah expired. Jadi sedang proses renew. 

  • Badut atau Clown

Bagi yang suka badut, macam anak saya; Maream Amni boleh la pergi layan badut ni tiup belon. Macam-macam bentuk dia buat. Gambar dengan badut tak ada, tapi dengan belon badut buat je ada.

  • Street Food

Di sepanjang pantai ni ada je makanan-makanan lain seperti jagung bakar, keropok lekor, ayam goreng. Boleh saja beli sambil makan tepi pantai. Zaman bujang dulu, memang kerap makan petang sambil layan pantai. Cuma sejak jadi mak ni, tak berapa nak sempat untuk buat. 

  • KTCC Drawbridge (London Bridge) 

InsyaAllah raya Syawal 2019 ini, jambatan ala London Bridge akan dibuka. Di pantai ini juga boleh nikmati pemandangan jambatan yang cantik ni. Sebenarnya, jambatan ini lagi cantik sebab London Bridge ni menyeberangi Sungai Thames sahaja. Di Terengganu, kualiti air jauh lebih cantik.

Related Posts

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *