Pos Barang Lebih Murah ke Luar Negara *AIR PARCEL*

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Oh ye, sempena bulan Syawal ni, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

Ramai sering PM di FB, whatsapp dan sebagainya untuk bertanya mengenai penghantaran barangan ke luar negara. Alhamdulillah, rezeki setiap minggu biasanya ada barang ke luar negara yang perlu di poskan.

Untuk Pos Malaysia. Ada Poslaju dan Air Parcel (Pos udara). Poslaju ni mahal la juga kos. Jadi untuk barangan besar, saya memang tak akan guna dah poslaju. Hanya sekadar semenanjung Malaysia. Barang lebih 1 kg, yang nak dihantar ke Sabah Sarawak dan ke luar negara saya guna servis Air Parcel. Borang seperti gambar bawah.

  

Borang Merah untuk International.

Borang Biru untuk Domestik.

Cuma, bungkusan perlu balut dengan kertas minyak. Syaratnya, memang macamtu.

Borang pula perlu declare barang apa kat dalam. Cuba tulis jelas2 untuk elak sangkut kat kastam.

Pekerja Pos biasanya cakap barang akan sampai dalam tempoh sebulan. Tapi pengalaman saya, ke Canada ke Singapura ke, barang biasanya dalam 2 minggu dah boleh sampai. Dan setakat ni kalau saya, barang AVAIL alhamdulillah lepas je. Sebab so far barang Availbeauty ni tak ada bahan larangan, cuma perlu declare. Sebab pernah ada kes kotak dibuka oleh kastam, tapi diaorang sallotape balik selepas cek. Apa2 info produk saya lampirkan supaya memudahkan kastam tahu produk kita ni apa kandungannya.

Ini gambar parcel saya yang nak dihantar ke luar negara. Cara pengiraan kos? Okey boleh rujuk ke webiste Pos Malaysia. Link di sini. Link ini untuk kira kos pos domestik dan luar negara.

Bagi parcel domestik (ke Sabah Sarawak), klik PARCEL dan masukkan berat (gram) dan pilih Jenis Servis (UDARA). Jangan silap pilih laut pula ye, kang berbulan tak sampai. Hehe. Jadual akan keluar seperti gambar di bawah. Jadual tu kos pos barang mengikut jisim/berat parcel. Ambil bahagian TOTAL POSTAGE tu ye.

 

Bagi parcel antarabangsa (international), pilih International, masukkan WEIGHT, pilih NEGARA.

Bila dah masukkan maklumat tadi, akan keluar jadual. Kos adalah seperti pada bahagian yang saya telah highlightkan pada gambar. Contoh yang saya masukkan kat sini, item 4kg (4000g) untuk dihantar ke Belgium. Kos estimated rm196.

Itu sahaja perkongsian kali ni. Moga membantu. Oh ye, nak poskan Air Parcel ni, boleh pergi ke Pejabat Pos Malaysia/ Pejabat Poslaju.

Related Posts

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *