Pengalaman Temuduga Pegawai Tadbir Universiti

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Assalaamualaikum. Di sini saya nak kongsi pengalaman saya hadir temuduga. Pegawai tadbir ada banyak jenis, bergantung pada tempat kita berada. Maksudnya, skop kerja bergantung pada tempat kita ditugaskan bekerja.

Pegawai Tadbir yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah Pegawai Tadbir Universiti (PTU). PTU adalah Pegawai yang dikelaskan di bawah Skim Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional (P&P). Gred jawatan bermula di Gred 41 dan ke atas. PTU adalah individu yang dilantik oleh pihak berkuasa Universiti untuk menguruskan pelbagai bentuk hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran di Pusat Tanggungjawab (PTJ) di mana mereka ditempatkan.
Daripada segi kelayakan akademik, PTU ini perlulah sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Perincian syarat lantikan, sila rujuk Laman Web JPA atau Bahagian Sumber Manusia UA masing-masing. PTU ini juga boleh dilantik daripada kalangan Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir di bawah syarat peningkatan secara lantikan (PSL). Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL) ini boleh dirujuk melalui Laman Web JPA atau Iklan UA masing-masing, atau dirujuk kepada Bahagian Sumber Manusia di UA masing-masing.
Secara amalannya, bidang tugas dan tanggungjawab seseorang PTU merangkumi perkara-perkara seperti yang dinyatakan di bawah. Bidang tugas secara khusus adalah bergantung kepada di mana seseorang PTU itu ditempatkan untuk bertugas. Di UKM, tempat bertugas seseorang PTU itu dipanggil sebagai Pusat Tanggungjawab (PTJ). Semua PTU akan melalui pusingan kerja (Job Rotation) dalam perkhidmatan mereka, kebiasaannya adalah pada setiap lima tahun sekali, ada juga lebih awal atau lebih lama tertakluk kepada beberapa faktor semasa yang lain. Pusingan kerja seseorang PTU ini amat penting bagi tujuan perkembangan kerjaya Pegawai. Melalui pusingan kerja ini, semua aspek pengurusan dan pentadbiran dapat dipelajari oleh seseorang Pegawai yang menjadikan mereka seorang Pegawai yang ‘Multi tasking’.
Temuduga di universiti lain mungkin berbeza, tetapi ini adalah pengalaman saya. Sebelum temuduga bermula, kami diberi 2 tajuk untuk public speaking. Yes, public speaking dalam bilik temuduga tu. 2 orang dipanggil setiap sessi temuduga. Bagusnya, kurang takut sebab ada teman. But, u need to show the interviewee that u shine like the stars above 🙂

Memandangkan saya sessi pertama, dapat tajuk tadi tu, tak sampai 5 minit, dah kena masuk. Sempat baca 1 artikel je di Google. Goreng sajalah…. Soalan2 banyak berkaitan diri sendiri, pengalaman kerja, apa kelebihan. Soalan yang buat saya mati kutu, “why you not him/her?”. Ni kita kena compare dengan kawan yang kita temuduga skali tu. Yelah, takkan nak rendahkan kawan kita, jadi kita cuba bagitahu kelebihan kita jelah.

Confidence & body posture. Kena ambil perhatian. Temuduga memang English. Masa jawab soalan je kadang2 soalan dalam bahasa Melayu. Sebab jawatan ni dikira jawatan professional. Jadi, memang diaorang utamakan bahasa Inggeris. Pastikan anda tahu lebih kurang skop kerja, supaya lebih mudah untuk memahami.

Semoga membantu anda.

Related Posts

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *